TAMBANG ECRL DARI GOMBAK KE PENGKALAN KUBOR RM 2700?
Semalam kononnya tular berkenaan dengan satu pengiraan yang membentangkan kos keseluruhan tambang ECRL yang bakal dikenakan kepada pengguna kelak. Nilai pelaburan oleh China dijadikan sandaran hujahnya oleh kerana setelah siapnya pembinaan ECRL ini saban hari nanti maka, bermulalah episod pembayaran hutang oleh Malaysia Railway Link Sdn Bhd (MRL) kepada China.
Oleh itu, seperti yang didakwanya, jumlah kutipan harian yang perlu dikumpul MRL melalui tambang ECRL adalah RM 7.5 juta bersamaan dengan RM 2700 seorang. Sudah tentu lebih sahaja kita naik kapal terbang dari Subang Jaya turun ke Pengakalan Chepa yang harganya jauh lebih rendah berbanding ECRL.
Pengiraan tersebut sememangnya sedikit ke hadapan berbanding reaksi netizen lain yang tidak habis mengatakan China bakal menjarah Malaysia. Malah tak kurang juga ada beberapa tahi politik sudah tentu dari pembangkang yang tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk projek ini di negerinya(Selangor).
Dalam bab ini mungkin pakar kira-kira tersebut lupa atau hanyalah membuat kajian sekerat jalan sahaja. Dalam hal ini, fokus ECRL bukanlah sekadar mengangkut penumpang sampai ke destinasinya seperti mana KTMB dengan produk ETS.
Malah ECRL juga sebenarnya, memfokuskan kegiatan perdagangan dengan bertindak sebagai 'runner' yang menghubungkan Pelabuhan Klang kepada Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman. Dalam pada itu, khabarnya projek kereta api dari Kerteh ke Kuantan yang tergendala pada tahun 2010 pun bakal kembali disambung pembinaannya.
Penjanaan pendapatan oleh ECRL bukan sahaja dijana melalui jualan tidak, ruang iklan dan pengangkutan kargo. Malah mampun menjana ekonomi setempat bila mana peningkatan nilai hartanah sudah pastinya terjadi.
Secara anggaran setiap bandar ini akan mewujudkan nilai ekonomi RM 10 juta sebulan. Justeru ada nilai ekonomi sekitar RM 220 juta sebulan dan RM 2.2 Bilion setahun. Dalam masa 10 tahun ECRL akan mewujudkan nilai ekonomi sekitar RM 220 bilion.
Justeru, tak usahlah nak buat polemikkan isu ini lagipun jika ECRL ini dibina sewaktu zaman Tun M, tentunya kamu bagi 'thumbs up' saja.
#MP
Comments
Post a Comment