WARNA WARNI KEJAYAAN MALAYSIA DI SUKAN SEA 29, ADAKAH KITA DI 'MOOD YANG BAIK?
Sukan SEA ke 29 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dan edisi yang seterusnya akan menyaksikan Manila, Filipina akan menjadi tuan rumah bagi sukan peringkat rantau Asia Tenggara. Sudah tentunya secara atas kertas Sukan SEA kali ini adalah kejayaan terbaik buat kontinjen Malaysia lantas sekaligus mengatasi rekod pencapaian 16 tahun dahulu.
Banyak coretan dan peristiwa yang berlaku sepanjang penganjuran Sukan SEA kali ini, malah hampir sahaja merencatkan perjalanan Sukan SEA. Mujurlah kebijaksanaan Khairy Jamaludin yang lantas meminta maaf kepada sejawatnya iaitu Iman Nahrawi itu satu tindakan yang bijak. Ditambah pula dengan kenyataan Pak Jokowi selaku Presiden Indonesia terus menenangkan lagi keadaan yang mahu sahaja menjadi tegang dek kerana tersalah mencetak bendera Indonesia bertukar menjadi bendera Poland.
Namun kejayaan Sukan SEA ke 29 ini adalah sangat bermakna kepada rakyat Terengganu apabila DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin turut menyumbang dua pingat emas kepada kontijen negara menerusi acara kuda lasak kategori berpasukan dan individu. Malah lebih manis lagi apabila emas ke 111 yang disasarkan pada kali ini akhirnya disempurnakan oleh "The Pocket Rocketman" iaitu Azizulhasni Awang menerusi acara berbasikal. Tidak perlu dinafikan lagi bahawa beliau sedikit masa lagi akan setaraf dengan nama Sir Chris Hoy jika terus bermain dalam temasya-temasya berprestij dunia. Namun itulah magis buat anak kelahiran Dungun ini.
Cuma hanya "Ibu Segala Pingat" yang gagal menjadi milik pasukan bola sepak negara pada kali ini, walaubagaimanapun mereka sudah membuat sehabis baik "demi lencana di dada" namun apakan jika tempat kedua sahaja yang mereka mampu sumbangkan. Sekurang-kurangnya 'PERAK' tidak jatuh ke tangan Thailand seperti mana kita kehilangan beberapa wilayah kepada Thailand selepas Perjanjian Bangkok. Walaubagaimanapun, isu kecacatan dalam penjualan tiket dalam acara bola sepak sepatutnya tidak boleh berlaku memandangkan ini bukanlah Liga Super atau Piala Malaysia.
Namun segalanya diluar kawalan apabila penjualan tiket secara atas talian ditutup bagi mengelakkan masalah 'server' katanya. Maka beraturlah peminat atau yang baru hendak meminati sukan bola sepak ini sejak jam dua pagi diperkarangan Stadium Shah Alam semata-mata mahukan tiket perlawanan akhir bola sepak.
Itulah sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang penganjuran Sukan SEA kali ini, kisah KSU Kemenrerian Belia dan Sukan yang dimaki hamun oleh peminat bola sepak dan pasukan Sepak Takraw wanita yang menarik diri daripada pertandingan adalah antara suka duka yang tidak boleh dilupakan dalam penganjuran kali ini. Namun acara pembukaan dan penutupan yang seiras seperti Sukan Olimpik empat tahun sekali. Adakah itu adalah 'hint' bahawa kita akan membida untuk menjadi hos Sukan Olimpik untuk beberapa edisi akan datang, sedangkan Indonesia julung kalinya bakal menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia di Jakarata pada tahun depan.
Walaubagaimanapun kejayaan mengumpul 323 pingat dan 145 daripada kutipan tersebut adalah pingat emas sahaja. Adakah ini bermakna di temasya yang lebih besar akan datang kita atlet kita mampu membuat lebih baik daripada sebelum. Namun kejayaan kontijen Malaysia sudah berjaya meletakkan rakyat dalam 'mood' yang baik. Ditambah pula dengan upacara penutupan semalam terus disambung dengan sambutan ambang kemerdekaan yang ke 60. Sudah tentu tahun 2017 sangat bermakna buat kita semua selepas kejayaan kita dalam Sukan SEA.
Mood rakyat boleh dikatakan sedang baik tetapi, jika mahu bercakap tentang pilihan raya umum nantilah dulu kerana 30,000 pengundi masih berada di Tanah Suci Mekah dan mereka kini sedang berada di Padang Arafah sebelum dibawa bermalam di Muzdalifah. Tunggulah mereka semua kembali ke tanah air dahulu jika hendak bersembabg soal PRU14 atau berteka teki bilakah tarikh parlimen bakal dibubarkan atau tunggulah sehingga YAB PM membentangkan Bajet 2018 dahulu.
Apapun tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran Sukan SEA pada kali ini. Apa yang pasti ini adalah 'resume' yang baik buat Khairy Jamaludin atau kini dikenali Abah dalam karier politiknya. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 60 BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
#KL2017 #KitaJuara #BangkitBersama
Comments
Post a Comment