#PAU2017: BERMULANYA TEKA TEKI TARIKH PRU14
Perhimpunan Agung UMNO adalah satu acara yang sangat sinonim
bagi penyokong UMNO itu sendiri, bila mana pada PAU inilah merupakan peluang
terbaik bagi mereka untuk bersua muka dengan sahabat-sahabat mereka yang hanya
berbual di media sosial sahaja sebelum ini. Maka tidak hairan jika kafe
Riverside selalu ‘fullhouse’ apabila tiba musim PAU.
Itu belum termasuk
lagi dengan kehadiran makcik-makcik yang datang dari seluruh pelusuk kampung ke PWTC
walaupun hanya memenuhi ruang legar di tingkat bawah kerana disitu terpasang
skrin besar untuk menonton siaran secara langsung persidangan dari Dewan
Merdeka. Namun itu adalah perkara yang menjadi kebiasaan apabila menjelang PAU.
Menariknya tentang PAU kali ini adalah selepas berakhirnya
PAU maka muncullah teka-teki bilakah, parlimen bakal dibubarkan bagi
membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan yang isu PRU ini pun sudah lama juga
meniti dibibir setiap batang tubuh apabila bersembang tentang politik. Mana tidaknya
apabila ura-ura ini sudah lama dibuat apabila pelbagai ‘feel good factor’ telah
wujud sepanjang penggal ini, lebih-lebih lagi dengan kejayaan Temasya Sukan SEA
yang menyaksikan Malaysia kembali bergelar juara selepas kali terakhir adalah
pada tahun 2001.
Usah dipedulikan apa yang dimomokan oleh pembangkang tentang
usaha dan ‘effort’ yang dilakukan kerajaan sepanjang penggal ini lagipun apa
yang mereka tahu hanyalah untuk melihat kegagalan kerajaan sahaja. Apabila
bercakap tentang pulangan yang diperolehi terus sahaja diam apabila dibentangkan. Adakah ciri wakil rakyat yang begini kita mahukan? Jawapannya tidak!
Berbalik kepada isu pokok tadi, teka-teki tentang tarikh bilakah pembubaran Parlimen itu adalah terletak ditangan YAB PM sebenarnya, malah perkara itu masih menjadi teka-teki sebenarnya apabila ianya masih dirahsiakan kepada umum. Malahan, orang-orang kanan beliau pun tidak dibenarkan untuk diberitahu kepada umum, biarlah ia kekal menjadi rahsia dahulu agar setiap jentera terus dengan kesiap-siagaan dahulu walau apa cara sekalipun.
PAU2017 bakal membuka tirainya perasmiannya maka buat seluruh perwakilan dan pemerhati serta petugas yang hadir ke PWTC, semoga segala input yang diperolehi dari PAU kali ini perlu disampaikan kepada rakan yang berada dikampung agar mereka pun kekal bersama dengan kita. Semoga PAU kali ini menjadi 'booster' buat kita semua untuk kembali menawan 2/3 kerusi di parlimen. Akhir kata, selamat bersidang buat semua para perwakilan. Wallahualam!
Comments
Post a Comment