#PAU2017: CATATAN DARI PEMERHATI TINGKAT ENAM


1. Alhamdulilah, Perhimpunan Agung UMNO 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya sejurus selepas berakhirnya ucapan penggulungan oleh YAB Presiden sebentar tadi, pastinya ucapan oleh YAB Presiden ini adalah suatu perkara yang dinantikan oleh seluruh pemerhati dan perwakilan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang datang dari seluruh pelusuk bahagian UMNO hinggalah dari Sabah.

2. Memang tidak dinafikan bahawa persidangan adalah mungkin yang kali terakhirnya untuk penggal pasca PRU13 ini dimana, semenjak perbahasan lagi ada sahaja kedengaran usik-usik yang seakan membodek oleh para pembahas kepada pimpinan parti supaya nama mereka dicalonkan dalam PRU14 kelak. Namun itu terpulanglah kepada perhubungan negeri dan bahagian untuk menentukan siapa yang layak untuk dicalonkan, jika tidak dipilih janganlah sampai tarik muka.

3. PAU kali ini juga sedikit heboh apabila barisan MT bersepakat untuk menjadikan jawatan Presiden dan TImbalan Presiden tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti kelak dan pastinya akan diadakan selepas PRU14. Maka mujurlah YAB Presiden pun langsung tidak ambil akan kenyataan ini dan sebaliknya mahu terus menumpukan usaha bagi menghadapi PRU akan datang, kerana pada hemat YAB Presiden sendiri, apa guna berkerja siang dan malam jika hanya sekadar mahu menang dalam pemilihan sahaja.

4. Dalam ucapan penggulungan YAB Presiden, penulis kira ini adalah kali kedua beliau menyentuh isu tentang keselamatan umat islam sejagat apabila, tahun ini sekali lagi beliau menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Israel yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Malah beliau sendiri menyatakan kesanggupan untuk menghadiri mesyuarat OIC yang bakal diadakan di Istanbul, Turki pada 13 Disember. Pada masa yang sama beliau terpaksa membatalkan mesyuarat perundingan dengan kerajaan Singapura , ini bermakna YAB Presiden memandang serius tentang perkara ini selepas isu yang melanda kaum Rohingya di Myanmar.

5. Pada ucapan penangguhan beliau, YAB Presiden  turut membacakan beberapa bait lagu nyanyian Datuk DJ Dave yang menceritakan tentang satu persahabatan sejati, yang menggambarkan persahabatan Najib dan de-facto Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. YAB Presiden mengakui dengan adanya Ahmad Zahid yang selalu mempertahankannya selama ini, beliau yakin beliau tidak keseorangan dalam perjuangan ini untuk berdepan tekanan dan cabaran pembangkang.

6. Menyentuh isu pemilihan bakal Perdana Menteri dari puak pembangkang, YAB Presiden menyatakan bahawa Pakatan Harapan seolah 10 langkah mengundur ke belakang apabila sanggup menerima bekas Perdana Menteri yang sudah berusia lebih 90 tahun. Beliau berkata kedudukan Pakatan Harapan seperti tidak menentu kerana sama seperti yang baru sahaja kena guling di Zimbabwe beberapa minggu lepas. Walaubagaimanapun, perlulah diakui bahawa kita sendiri masih belum tahu bahawa siapakah ketua yang sebenarnya dalam Pakatan Harapan.

7. Selain itu, YAB Presiden mengingatkan kepada seluruh perwakilan agar kembali untuk berjuang demi survival BN itu sendiri. Hal ini kerana memandangkan ini adalah PAU yang terakhir sebelum gegendang PRU 14 bakal dipalu pada bila-bila masa sahaja, dalam pada beliau menggesa kepada seluruh perwakilan agar pulang dengan semangat yang baru dan berkerja keras demi memenangkan BN di Pilihan Raya. Oleh itu, segala hal dan permasalahan yang berlaku di peringkat bahagian dan cawangan perlulah diselesaikan sebaik mungkin.

8. PAU kali ini jauh lebih meriah daripada siri PAU sebelumnya kerana kita sendiri boleh melihat kehadiran jumlah perwakilan dan pemerhati dari seluruh bahagian yang hadir begitu ramai daripada tahun-tahun sebelum ini. Bukanlah sebab dekat nak Pilihan Raya sahaja, sebaliknya konsep solidariti yang diamalkan berjaya menyatukan kembali keseluruhan ahli UMNO agar kembali BERSETIA kepada pucuk pimpinan agar terus berkhidmat demi kelangsungan generasi akan datang.

9. Akhir kata pesanan yang dibawa oleh YAB Presiden dalam ucapan PAU kali ini sebenarnya adalah satu cabaran buat seluruh ahli parti, tak kiralah walau berperanan sebagai apa sekalipun. Demi menggapai misi 2314 bukanlah cukup dengan menyerang pembangkang sahaja, sebaliknya perlu diambil kira daripada segenap aspek demi memastikan ianya terlaksana. Wallahualam!!

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017