PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN TRUMP TERHADAP PALESTIN, BUKAN SIMBOLIK KEMENANGAN KEPADA NASIB UMAT ISLAM DI PALESTIN.
Pengiktirafan A.S melalui Presiden Donald Trump terhadap Israel yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai pegganti kepada Tel Aviv semamangnya satu pencabulan terhadap seluruh umat Islam di dunia. Walaupun kita sedia maklum dan tahu bahawa kota suci ketiga umat ini juga adalah merupakan kota suci bagi penganut Yahudi dan Kristian yang mana sebelum kedatangan syiar islam di Semenanjung Hijjaz dahulu. Menurut pandangan ahli sejarah,Baitulmaqdis ini juga merupakan tempat kelahiran asal Nabi Isa A.S dan disitu juga terletak Haikal Sulaiman yang dibina pada zaman Nabi Sulaiman A.S.
Permulaan kepada kewujudan Israel adalah selepas kedatangan puak Yahudi dari Eropah selepas Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1948, ketika ini menyaksikan penghijarahan masuk mereka secara beramai-ramai ke Palestin. Hal ini berlaku selepas usaha puak Yahudi yang diketuai oleh David Ben Gurion untuk mewujudkan kehidupan bernegara disebuah tempat baharu dibenarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain, akhirnya Palestin menjadi tanah baru mereka. Peristiwa ini akhirnya menjadikan Ben Gurion sebagai Perdana Menteri Israel yang pertama.
Bermula dari peristiwa itulah membawa kepada penghapusan etnik besar-besaran di Palestin, Perang Enam Hari semasa perayaan Yom Kippur hinggalah kepada pengiktirafan Donald Trump kepada Israel. Ya, perkara ini sebenarnya memang tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila melihat ianya adalah satu pencabulan kepada rakyat Palestin itu sendiri. Walaupun beberapa kali siri dan boikot barangan serta produk Israel, negara haram tersebut seolah-olah tidak terjejas malah Israel tidak ambil peduli akan perkara ini.
Kembali kepada pokok penulisan, United Nation (UN) telah pun mengadakan satu resolusi yang menyaksikan 128 buah negara membantah pengiktirafan Donald Trump, 9 buah negara yang menyokong dan lagi 35 buah negara memilih untuk berkecuali. Menariknya 9 buah yang menyokong pengiktirafan Donald Trump adalah:
1. Amerika Syarikat
2. Israel
3. Honduras
4. Marshall Islands
5. Micronesia
6. Nauru
7. Palau
8. Togo
9. Guatemala
1. Amerika Syarikat
2. Israel
3. Honduras
4. Marshall Islands
5. Micronesia
6. Nauru
7. Palau
8. Togo
9. Guatemala
Disini, selain Israel, A.S dan Honduras adalah negara dari benua Ocenia yang kedudukan geografi negara-negara ini adalah di kawasan kepulauan Lautan Pasifik. Malah A.S sudah juga ada menempatkan kepentingannya dari aspek ketenteraan berhampiran di kalangan negara ini, iaitu Pearl Harbour di Hawaii. Maka sudah mestilah negara-negara hanya menurut sahaja kehendak negara Uncle Sam ini.
Selain itu, selepas resolusi oleh UN berlangsung yang menyaksikan pengiktarafan Donald Trump adalah tidak relevan oleh semua pemimpin dunia. Nikki Haley selaku duta A.S ke UN seolah-olah mahu menggertak negara yang diberi bantuan tahunan daripada A.S, namun itu tetap gagal dibendung oleh A.S setelah kuasa veto dunia yang lain memilih untuk tidak bersetuju dengan hasrat Trump.
Kesimpulannya, secara kasar boleh dilihat bahawa ini adalah satu kemenangan besar yang membabitkan moral bagi umat islam seluruh dunia. Namun pada penulis, pencabulan Israel terhadap Palestin tidak pernah akan berakhir selagi mana wujudnya kuasa besar dunia yang masih berdiri dibelakangnya. Walaubagaimanapun, berhati-hatilah dengan muslihat yang sedang dimainkan oleh negara kuasa besar ini. Wallahualam...
Comments
Post a Comment