Posts

TIADA LAGI ISTILAH “UMNO KAMPUS”.

Image
Sudah bertahun-tahun kita selalu mendengar teriakan atau istilah “UMNO KAMPUS”  oleh mereka yang selama ini mengaku non-partisan tetapi, sebenarnya itu hanyalah modal politik mereka untuk mengungguli sesi Pemilihan MPP atau Pilihan Raya Kampus sahaja. Mengapa perlu berbuat demikian? Hal ini adalah disebabkan oleh UMNO itu sendiri yang dilihat semakin tidak relevan untuk kalangan mahasiswa dan orang muda. untuglah orang ajak join parti Bukan mengenai isu tidak relevannya UMNO pada hari ini yang hendak diceritakan tetapi, mengenai kemunafikan mereka yang selama ini berjuang atas dasar DEMI MAHASISWA dilihat semakin menguncup. Ibarat seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’ rupanya meraka selama ini  perjuangan di kampus. Hakikatnya, mereka tak ubah seperti lembu dicucuk hidung turut sama merelakan dirinya diperkudakan oleh parti politik yang dinaungi pembangkang . Andai kata istilah “UMNO KAMPUS” masih meniti dibibir mereka? Tidak perlulah gelabah kerana, sekurang-kurang...

KEMENANGAN GERAKAN MAHASISWA “PRO ESTABLISHMENT” BUKAN KEMENANGAN UNTUK DIJUAL.

Image
Barisan calon Penggerak Mahasiswa sesi 15/16 Gelombang baru arena politik mahasiswa di pihak pro establishment. Setelah bertahun-tahun mencuba untuk menawan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) akhirnya menjadi kenyataan apabila Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) berjaya ditawan oleh kumpulan pro establishment selepas bertahun-tahun kerusi MPP dipegang oleh kumpulan Anti Establishment . Menariknya mengenai  kemenangan ini merupakan satu gelombang baru dalam arena politik mahasiswa selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan mandat  pimpinan daripada mahasiswa. Hal ini kerana  real fight  politik di kampus hanya dirasai dan dialami oleh beberapa kampus sahaja di negara ini khususnya Universiti Awam di kawasan Lembah Klang. Bercakap mengenai real fight di arena kampus hampir menyamai seperti arena politik luar, yang membezakan keduanya adalah manifesto, golongan sasaran pengundi dan cara...

ISU TH DAN TRX YANG SENGAJA DIPOLITIKKAN

Image
Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Sa tu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta. Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH. Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %. Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ? THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAH...

PRESIDEN KK7 MENJAWAB TUDUHAN LIAR UMANY

Image
"Wakil ProM mendapat tentangan semasa edaran borang soal selidik, wakil Gerak rampas kertas soal selidik" Berikutan pengeluaran poster yang bersifat tuduhan daripada UMANY, saya terpanggil untuk membuat beberapa penjelasan dan beberapa persoalan. 1. Dakwaan mengatakan saya (PRESIDEN KK7) merampas borang kaji selidik ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Saya hanya minta secara baik daripada si pengedar (yang merupakan kawan saya sendiri) dan rasanya saya perlu ambil tahu borang kaji selidik yang hendak diedarkan di kolej kediaman saya sendiri kerana ini adalah tanggungjawab seorang presiden terhadap apa yang berlaku di kolej kediaman. 2. Yang kedua, mengapa perlu ada label wakil ProM dan ada wakil Gerak? kata sepakat telah dinyatakan oleh YB Presiden kita yang mana bila berada dalam MPP, sikap partisipasi perlu diketepikan, sebaliknya bersama dalam memastikan kebajikan pelajar. Ini cubaan untuk memecahbelahkan kami dalam MPP. Saya kira YB Presiden perlu ambil serius be...

#PRKPERMATANGPAUH: VIDEO JENTERA PKR SERANG PETUGAS BN #P044

Image
Alah bisa tegal biasa, itulah sentimen yang selalu dimainkan PKR ketika hari pembuangan undi berlangsung. Lebih-lebih kawasan pernah dimenanginya dahulu. Taktik kotor ini adalah untuk menakutkan pengundi-pengundi keluar mengundi. Video ini berlaku semasa proses pengundian di SMK Guar Perahu pagi tadi apabila petugas BN diserang oleh jentera PKR. Mungkin inilah yang harus dilakukan jikalau kita inginkan demokrasi ala-ala PKR.

#PRKPERMATANGPAUH: RAFIZI PERTIKAI CALON BN KEMPEN RUMAH KE RUMAH #P044

Image
  Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dalam sidang medianya di Bilik Gerakan PKR  dengan mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) yang mengadakan kempen rumah ke rumah bagi mendapatkan sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di sini. Menurutnya lagi, jentera BN yang berkempen dari rumah ke rumah pada PRK Permatang Pauh kali ini dilihat lebih tersusun dan ekstrem dalam meraih undi. Keadaan ini sangat merisaukan jentera PKR dan Pakatan Pembangkang yang bimbang akan berlakunya rasuah dalam mendapatkan undi. Dalam memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi, PKR akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aktiviti ini yang boleh mengundang rasuah. Bagaimanapun, kenyataan Rafizi itu seolah-olah memakan diri sendiri apabila jentera PKR bersama Wanita PAS dan DAP turut dilihat melakukan kempen dari rumah ke rumah dalam usaha menarik sokongan dengan menghadiahkan barangan keperluan di sepanjang PRK Perm...

#PRKROMPIN: MEREKA SUDAH MULA MENYERANG LAWAN #P091

Image
Kisahnya adalah bermula daripada satu sms yang diterima oleh penduduk sekitar Rompin. Pada masa yang sama mereka yang menerima sms sedemikian juga merupakan bakal pengundi di Parlimen pada 5 Mei yang jatuh pada hari Selasa.             Walaubagaimanapun, tindakan yang sedemikian ini adalah black ops oleh pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kumpulan BN di Rompin. Barangkali mereka ini terlampau terdesak disebabkan berlaku pemulauan oleh kumpulannya sendiri disebabkan beberapa isu yang berlaku sesame kumpulan ini sendiri.             Untuk apa sebenarnya mengaitkan sms tersebut dengan arwah JJ yang sudah tiada. Namun, itulah politik lebih-lebih apabila menjelangnya pilihan raya tidak kiralah umum atau kecil permainan yang kotor ini sudah muak untuk dpertontonkan sebenarnya.             Harapnya, sewaktu hari...