Posts

Showing posts from 2015

TIADA LAGI ISTILAH “UMNO KAMPUS”.

Image
Sudah bertahun-tahun kita selalu mendengar teriakan atau istilah “UMNO KAMPUS”  oleh mereka yang selama ini mengaku non-partisan tetapi, sebenarnya itu hanyalah modal politik mereka untuk mengungguli sesi Pemilihan MPP atau Pilihan Raya Kampus sahaja. Mengapa perlu berbuat demikian? Hal ini adalah disebabkan oleh UMNO itu sendiri yang dilihat semakin tidak relevan untuk kalangan mahasiswa dan orang muda. untuglah orang ajak join parti Bukan mengenai isu tidak relevannya UMNO pada hari ini yang hendak diceritakan tetapi, mengenai kemunafikan mereka yang selama ini berjuang atas dasar DEMI MAHASISWA dilihat semakin menguncup. Ibarat seperti ‘hangat-hangat tahi ayam’ rupanya meraka selama ini  perjuangan di kampus. Hakikatnya, mereka tak ubah seperti lembu dicucuk hidung turut sama merelakan dirinya diperkudakan oleh parti politik yang dinaungi pembangkang . Andai kata istilah “UMNO KAMPUS” masih meniti dibibir mereka? Tidak perlulah gelabah kerana, sekurang-kurang...

KEMENANGAN GERAKAN MAHASISWA “PRO ESTABLISHMENT” BUKAN KEMENANGAN UNTUK DIJUAL.

Image
Barisan calon Penggerak Mahasiswa sesi 15/16 Gelombang baru arena politik mahasiswa di pihak pro establishment. Setelah bertahun-tahun mencuba untuk menawan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) akhirnya menjadi kenyataan apabila Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) berjaya ditawan oleh kumpulan pro establishment selepas bertahun-tahun kerusi MPP dipegang oleh kumpulan Anti Establishment . Menariknya mengenai  kemenangan ini merupakan satu gelombang baru dalam arena politik mahasiswa selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan mandat  pimpinan daripada mahasiswa. Hal ini kerana  real fight  politik di kampus hanya dirasai dan dialami oleh beberapa kampus sahaja di negara ini khususnya Universiti Awam di kawasan Lembah Klang. Bercakap mengenai real fight di arena kampus hampir menyamai seperti arena politik luar, yang membezakan keduanya adalah manifesto, golongan sasaran pengundi dan cara...

ISU TH DAN TRX YANG SENGAJA DIPOLITIKKAN

Image
Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Sa tu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta. Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH. Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %. Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ? THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAH...

PRESIDEN KK7 MENJAWAB TUDUHAN LIAR UMANY

Image
"Wakil ProM mendapat tentangan semasa edaran borang soal selidik, wakil Gerak rampas kertas soal selidik" Berikutan pengeluaran poster yang bersifat tuduhan daripada UMANY, saya terpanggil untuk membuat beberapa penjelasan dan beberapa persoalan. 1. Dakwaan mengatakan saya (PRESIDEN KK7) merampas borang kaji selidik ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Saya hanya minta secara baik daripada si pengedar (yang merupakan kawan saya sendiri) dan rasanya saya perlu ambil tahu borang kaji selidik yang hendak diedarkan di kolej kediaman saya sendiri kerana ini adalah tanggungjawab seorang presiden terhadap apa yang berlaku di kolej kediaman. 2. Yang kedua, mengapa perlu ada label wakil ProM dan ada wakil Gerak? kata sepakat telah dinyatakan oleh YB Presiden kita yang mana bila berada dalam MPP, sikap partisipasi perlu diketepikan, sebaliknya bersama dalam memastikan kebajikan pelajar. Ini cubaan untuk memecahbelahkan kami dalam MPP. Saya kira YB Presiden perlu ambil serius be...

#PRKPERMATANGPAUH: VIDEO JENTERA PKR SERANG PETUGAS BN #P044

Image
Alah bisa tegal biasa, itulah sentimen yang selalu dimainkan PKR ketika hari pembuangan undi berlangsung. Lebih-lebih kawasan pernah dimenanginya dahulu. Taktik kotor ini adalah untuk menakutkan pengundi-pengundi keluar mengundi. Video ini berlaku semasa proses pengundian di SMK Guar Perahu pagi tadi apabila petugas BN diserang oleh jentera PKR. Mungkin inilah yang harus dilakukan jikalau kita inginkan demokrasi ala-ala PKR.

#PRKPERMATANGPAUH: RAFIZI PERTIKAI CALON BN KEMPEN RUMAH KE RUMAH #P044

Image
  Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dalam sidang medianya di Bilik Gerakan PKR  dengan mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) yang mengadakan kempen rumah ke rumah bagi mendapatkan sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di sini. Menurutnya lagi, jentera BN yang berkempen dari rumah ke rumah pada PRK Permatang Pauh kali ini dilihat lebih tersusun dan ekstrem dalam meraih undi. Keadaan ini sangat merisaukan jentera PKR dan Pakatan Pembangkang yang bimbang akan berlakunya rasuah dalam mendapatkan undi. Dalam memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi, PKR akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aktiviti ini yang boleh mengundang rasuah. Bagaimanapun, kenyataan Rafizi itu seolah-olah memakan diri sendiri apabila jentera PKR bersama Wanita PAS dan DAP turut dilihat melakukan kempen dari rumah ke rumah dalam usaha menarik sokongan dengan menghadiahkan barangan keperluan di sepanjang PRK Perm...

#PRKROMPIN: MEREKA SUDAH MULA MENYERANG LAWAN #P091

Image
Kisahnya adalah bermula daripada satu sms yang diterima oleh penduduk sekitar Rompin. Pada masa yang sama mereka yang menerima sms sedemikian juga merupakan bakal pengundi di Parlimen pada 5 Mei yang jatuh pada hari Selasa.             Walaubagaimanapun, tindakan yang sedemikian ini adalah black ops oleh pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kumpulan BN di Rompin. Barangkali mereka ini terlampau terdesak disebabkan berlaku pemulauan oleh kumpulannya sendiri disebabkan beberapa isu yang berlaku sesame kumpulan ini sendiri.             Untuk apa sebenarnya mengaitkan sms tersebut dengan arwah JJ yang sudah tiada. Namun, itulah politik lebih-lebih apabila menjelangnya pilihan raya tidak kiralah umum atau kecil permainan yang kotor ini sudah muak untuk dpertontonkan sebenarnya.             Harapnya, sewaktu hari...

FMC: KENAPA BILA HENDAK MEROYAN DIKAITKAN PULA DENGAN UMNO?

Image
Selepas dikaitkan dengan kumpulannya yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE beberapa hari yang lepas. Kini admin daripada Familia Myvi Club tampil dengan kenyataan terbarunya yang mana seolah-olah mahu UMNO terlibat sama kes yang dihadapinya. Sudahlah berlumba secara haram walaupun diatas lebuhraya sehingga tiga sekeluarga meninggal dunia disebabkan oleh kecelakaan yang berpunca daripada FMC nya sendiri selepas melanggar Pajero Sport yang dinaiki mangsa. Walaubagaimanapun, terimalah hakikat bahawa FMC dan ahlinya kini sedang dikecam dan dicemuh oleh seluruh rakyat Malasysia selepas insiden terbabit.        Akan tetapi mengapa pula kalian ingin mengaitkan pula dengan UMNO? Apakah UMNO ini dilihatnya seperti firma guaman yang berkhidmat secara sukarelawan kepada kliennya? Mungkin itulah tindakan yang paling sangap terlintas di benak fikiran mereka sekarang ini. Rajin pula UMNO ingin membantu dalam hal ini. Isu GST dan TPPA pun masih belum berpen...

#PRKPERMATANGPAUH: PERTEMBUNGAN EMPAT PENJURU BAGI MEREBUT KERUSI PARLIMEN #P091

Image
Berakhirnya proses penamaan calon sebentar di IKBN Bukit Mertajam. Maka wujud persaingan 4 penjuru pada PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua calon bebas.                 Antara calon yang bertanding ialah, Suhaimi Sabudin(BN), Wan Azizah (PKR), Azman Shah Othman (Bebas) dan Salleh Ishak (Bebas). SPR menetapkan 7 Mei depan sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, sementara pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei ini.                 Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau. Pada 16 Mac lalu, Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ...

#PRKPERMATANGPAUH: LATAR BELAKANG BAKAL CALON BN #P044

Image
                   Nampaknya, Permatang Pauh adalah sasaran seterusnya bagi pihak pengamal media bagi memenuhi halaman laman-laman medianya sendiri. Ini disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil bagi P044 akan berlangsung berikutan Anwar Ibrahim hilang pengesahannya sebagai Ahli Parlimen di kawasan disebabkan oleh kes Liwat yang disabitkan oleh Mahkamah kepadanya pada tempoh hari.                    Rentetan daripada peristiwa itu, Anwar Ibrahim terus hilang kelayakannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Oleh itu, PRK di kawasannya ini adalah bagi mengisi kekosongannya sendiri

1MDB: RINGKASAN DARIPADA PERISTIWA SEBELUM INI

Image
Soalan-soalan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Mohd Najib Tun Razak merupakan serangan-serangan peribadi yang mahukan Perdana Menteri Keenam Malaysia ini meletak jawatan. Kita sayang, hormat dan kenang jasa Tun Mahathir. Sumbangan Tun Mahathir kepada negara tidak terkira besarnya. Demikian juga sumbangan UMNO dan rakyat Malaysia yang mengundi Barisan Nasional kepada Tun Mahathir. Untuk menjatuhkan Barisan Nasional, UMNO atau Mohd Najib sendiri ia harus berlandaskan fakta dan isu yang besar bukan sekadar kerana Tun Mahathir menyatakan soalan-soalan beliau tidak dijawab oleh Mohd Najib. Antara isu yang memberi keraguan besar kepada rakyat ialah dakwaan bahawa 1MDB telah melesapkan RM 42 bilion wang negara. 1. 1MDB hanya diberikan RM 1 juta sebagai modal permulaan kerana syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Sekarang kabinet meluluskan kemudahan kewangan RM 970 juta dalam bentuk “standby facility” kepada 1MDB. Kemudahan ini diberikan kerana 1MDB berhadapan mas...

#SIRI1 DIALOG BAWAH POKOK: AKTIVISME

Image
            Dunia Aktivisme adalah satu dunia yang mana kita memperlihatkan aksi oleh sekumpulan manusia itu, sama ada secara fizikal mahupun sebaliknya. Akan tetapi, aksi perlakuan oleh si pelakunya itu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka yang menerimanya. Memang diakui bahawa dalam landskap kehidupan kita hari ini selalu dicorakkan dan diukir oleh pengenalan AKTA dan pelbagai jenis dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Sang Pemerintah.                 Walaubagaimanapun, aktivisme juga mempunyai peranan yang sama dimainkan oleh orang politik, yang membezakan hanyalah medium atau lapangan manakah yang digunakan oleh aktivisme dan ahli politik ini. Namun, kegiatan aktivisme ini adalah bersifat indiependent kerana kebanyakan mereka bergerak secara sukarela dan mencari dana untuk menggerakan kerjanya sendiri. Hal ini keran...

PEMBANGKANG MAIN TARIK TALI SEMASA POTA DIBAHASKAN

Image
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam. POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan). Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini. Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu. Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undi...

#KITALAWAN : SAMPAI BILAKAH MEREKA TERUS JADI BEGINI ?? #KITAKAWAN

Image
SHAH ALAM – Seramai 79 individu termasuk 21 wanita ditahan polis ekoran Himpunan Bantah GST yang diadakan di pejabat Kastam Kuala Lumpur, di Kelana Jaya, hari ini. Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, antara yang ditahan termasuk pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail. “Sebanyak tiga buah trak terlibat menahan mereka. Buat masa sekarang tidak banyak maklumat diberikan oleh polis,” katanya ketika dihubungi menerusi sistem aplikasi sosial Whatsapp.  Suhaizan turut berkesempatan mengongsikan gambar keadaan semasa Dr Hatta, Chegubard dan Nasaie di dalam kenderaan polis. “Pejuang Bantah GST  Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail dan Chegubard dalam trak polis. Rakyat tertindas bangga bersama anda,” katanya. Sebelum ini, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah GST melibatkan pe...

ATAS NAMA APAKAH PERLAKUAN INI WAHAI SPAD?

Image
  Dikala kita semua masih dalam dilema mengenai isu-isu yang berbangkit dan masih belum terjawab seperti 1MDB, GST dan skandal pembelian Jet Peribadi untuk kegunaan Yaang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri masih belum terjawab. Akan tetapi, belum pun gelora isu tersebut reda kini muncul pula isu baharu yang menjadikan rakyat semakin panik akan kehidupannya hari ini, iaitu kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awan Dapat dilihat disini bahawa harga tambang pengangkutan awam seperti Bas Ekaspres, Kereta Api dan Komuter sudah di isytiharkan akan kenaikannya pada awaql Mei nanti. Sudahlah impak GST masih belum diketahui bagaiman keadaannya nanti apakah positif atau negative kepada rakyat kelak. Kini isu ini pula yang menjadi trending dalam perbualan masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, naiknya pula bukanlah RM 1 atau RM 2 tetapi 20% daripada harga sebelum ini. Apakah yang sebenarnya mahu dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan dengan ...

#KAKUM2015: SPKUM TERUS MENJAGA HAK MAHASISWA UM, KEMANA HILANGNYA PMUM?

Image
           Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya adalah sebuah sekretariat yang menghimpunkan seluruh Presiden-presiden Kolej kediaman di Universiti Malaya. Objektif asalnya adalah untuk membawa suara dan menjaga kebajikan mahasiswa yang menetap di kolej kediaman UM. Idea untuk mendaftarkan sekretariat ini telah wujud ketika saudara Marwan Kahar Bin Baharuddin menjawat jawatan Presiden Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Ke-9.             Walaubagaimanapun, kini organisasi ini dilihat semakin kehadapan dan juga melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan mereka ini seperti Majlis Perwakilan Pelajar. Antaranya, menyuarakan bantahan penganjuran Pidato Anwar Ibrahim 40 Tahun Dari Penjara ke Universiti, yang mana pengajurnya adalah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 13/14. Ini memperlihatkan bahawa SPKUM bukanlah seka...