Posts

Showing posts from April, 2017

GST: PAKATAN TEKAD TIDAK AKAN MANSUH WALAUPUN KUASAI PUTRAJAYA

Image
Memetik kenyataan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah seperti yang tertera dalam akhbar NST adalah berkenaan dengan hasrat Pakatan Harapan yang nekad untuk mengekalkan sistem cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekalipun menang dalam PRU14 kelak. Menyedari akan kesempitan yang dialami oleh rakyat Nurul Izzah berjanji akan menrunkan peratusan cukai yang setakat ini 6% masih dianggap tinggi dan membebankan rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana. Walaubagaimanapun, keputusan Nurul Izzah ini jelas bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan bila mana, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan sebaliknya berbanding dengan Nurul Izzah. Hal ini kerana apabila Pakatan Harapan terus mendesak agar Putrajaya menghapuskan sistem cukai GST tetapi Nurul Izzah pula memilih untuk dikekalkan. Malah, Tun Mahathir juga pernah mengisytiharkan akan memansuhkan GST secara beransur-ansur dan berusaha untuk mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)...

HUSAM MAHU RAFIZI BALIK KAMPUNG ?

Image
DUN manakah bakal ditandingi Rafizi? Pada Majlis Makan Malam anjuran Pakatan Harapan semalam. Apa yang diucapkan oleh Husam X10 adalah memohon Rafizi diberi satu kerusi di negeri kelahirannya sendiri (Terengganu). Ini bermakna Husam sendiri pun tahu bahawa Syed Azman yang berkurun menjadi menjadi ADUN Batu Buruk gagal memainkan peranan yang baik dalam PH di Terengganu. Ditambah pula Azan Ismail , ADUN Bandar yang selalu mendakwa dirinya diculik bunian hinggakan gagal memunculkan diri di kawasannya. Apatah lagi Raja Kamarul Baharin yang pandai berucap diatas belakang Hillux sahaja pada setiap petang atau malam sahaja di kawasan tertentu di Parlimen Kuala Terengganu. Namun segala keperluan kemajuan dan penambahbaikan kemudahan rakyat dikawasannya dilepaskan begitu sahaja dek kerana sibuk hendak menjadi jaguh di Dewan Rakyat. Bagaimana dengan PPBM? Pada mereka puak PPBM ini langsung tidak diberikan perhatian oleh PAN, PKR & DAP. Namun sekadar untum satu atau dua kerusi ...

PERPECAHAN DALAMAN PPBM KIAN 'MEMBARAH'.

Image
PPBM rekaan Tun M kini jelas memperlihatkan perpecahannya apabila kini giliran pengasas bersama pula turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti yang penuh dendam tersebut. Persoalan kini timbul apabila wujud masalah dalaman bila mana penyertaan individu tertentu yang sekadar untuk mengejar jawatan dalam parti bongsu pembangkang tersebut. Perletakan Kamarulzaman Habibur yang sebelum ini merupakan Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kini telah menjawab segala persoalan kenapa PPBM yang masih belum berusia setahun semakin bermasalah. Mana tidaknya apabila sistem kasta dijadikan keutamaan apabila seseorang itu memegang sesuatu jawatan dalam parti itu. Pendek kata, jika anda bukan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung parti, bermimpi sajalah untuk memegang sesuatu jawatan dalam parti itu waima sekadar Ketua Penaja Bahagian sekali pun. Seperti yang diperkatakan oleh Kamarulzaman lagi apabila orang yang berkerja siang demi melihatnya PPBM i...

TUN MAHATHIR FOBIA DENGAN PAS?

Image
Penulisan Tun M dalam blog miliknya pada hari ini sangat menarik untuk dibaca kerana ia adalah berkenaan PAS iaitu sebuah parti yang sangat dibencinya ketika Tun M masih bersama UMNO. Waktu zaman berkuasa  dahulu apatah lagi apabila mendakwa PAS adalah punca sebenar kenapa orang Melayu kita berpecah pada hari ini. Dalam konteks ini mungkin Tun M sendiri lupa bahawa tertubuhnya Parti Keadilan Nasional oleh Anwar Ibrahim adalah berpunca daripada pembuangannya daripada kabinet kerajaan Malaysia dan parti UMNO oleh Tun M apabila mensabitkan Anwar Ibrahim dengan pelbagai siri salah laku. Adakah ini salah PAS? Jawapannya, TIDAK. Sebenarnya, Tun M sendiri risau apabila melihat PAS yang selesa bersendirian dan semakin berbaik-baik dengan UMNO. Lihatlah dalam isu mutakhir ini dapat dilihat apabila Haji Hadi  membentangkan pindaan RUU355 di Dewan Rakyat, disini kita melihat Ahli Parlimen PAS dan UMNO bersatu-hati untuk menyokong pindaan akta terbabit. Hal ini bebrbeza dengan ...

"PASAR PAYANG MEMANG PERLU DISELAMATKAN".

Image
Modal kemenangan Raja Kamarul Baharin waktu PRU13 dahulu adalah mempertahankan Pasar Payang yang dikatakan sebagai warisan Negeri Terengganu sejak turun temurun. Walhal ketika itu usia Pasar Payang sudahpun masuk tahap perlu diganti baru dengan suasana persekitaran dalamannya yang lebih kondusif. Apa yang berlaku sebaliknya apabila seluruh pelosok Terengganu dijaja isu berkenaan Mat Said hendak merobohkan Pasar Payang tersebut. Maka dikekalkan keberadaan Pasar Payang tersebut hingga ke hari ini. Dalam keberadaan Pasar Payang pada hari ini, adakah masalah kerosakan dalam pasar diambil peduli oleh Raja Baharin berkenaan dengan atap bocor, longkang tersumat dan air melimpah ketika hujan lebat. Malah juga dinaiki air ketika air pasang besar semasa musim tengkujuh. Ketika masih dalam mandat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, sudah berapa kali dia melawat ke tempat yang dia pernah pertahankan itu. Adakah masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga masih lagi dia ambil pedu...

HISHAMUDDIN HUSSEIN SEBAGAI MENTERI TUGAS-TUGAS, KENAPA LU ORANG KECOH NIII?

Image
1.        Berkuatkuasa  12 April 2017 Hishamuddin Hussein kini menjawat sebagai Menteri  Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Namun masih belum ada sebarang penjelasan yang meyakinkan akan perlantikan beliau dalam portfolio tersebut. 2.        Walaubagaimanapun andaian yang negative hingga ada yang mengatakan YAB PM bakal melepaskan jawatan Perdana Menteri kini semakin berlegar apabila Salahudin Ayub selaku Timbalan Presiden Parti Amanah Negara turut membuat kenyataan tentang perkara tersebut. Padanya isu perlantikan portfolio ini seolah-olah merupakan suatu hint daripada YAB PM. 3.        Dalam berbicara akan hal ini mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa pelantikan Hishamuddin Huseein ini adalah kali keempat pernah dilakukan oleh Perdana Menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi ketika pentadbirannya dilanda isu Rusuhan Kaum 13 Mei 1969. 4. ...

"IF ASSAD WILL GO"

Image
Aku masih ingat akan sebuah majalah TIME yang pernah dibeli berkisarkan tentang perjuangan rakyat Libya yang berusaha untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi pada masa itu yang bertajuk "What if he doesn't go". Tidak lain apa yang disumbatkan dalam setiap muka surat majalah yang tersohor berkisarkan tentang Gaddafi dan setiap ulasan oleh pakar IR dan Geopolitik, termasuk Fareed Zakaria. Seperti di Mesir dan Iraq, Libya juga ditawarkan akan kehidupan yang lebih indah selepas jatuhnya rejim yang sedang dikuasai oleh Gaddafi pada ketika. Hinggalah ada yang berceritakan tentang kekayaan keluarga Gaddafi yang tak ubah sama seperti Qarun di zaman Nabi Musa A.S. Namun usaha untuk menggagalkan Gaddafi media barat seolah-olah melupakan akan siapa Gaddafi yang sebenarnya. Kisah Gaddafi menetap di dalam khemah sehingga seluruh warga Libya pun tidak pernah dimainkan. Kini ia berulang lagi di Syria apabila media seperti CNN, CNBC,BBC dan Al Jazeera mengulang skrip sama ketika zam...

2017 PERLUMBAAN FORMULA 1 TERAKHIR DI LITAR SEPANG

Image
Tahun 2017 bakal menyaksikan perlumbaan F1 terakhir di Sepang International Circuit. Perkara ini diketahui selepas Kerajaan menyatakan demikian selepas Mesyuarat Kabinet semalam. Sememangnya ini hakikat yang pahit untuk ditelan apabila Litar Sepang telah menjadi salah satu venue untuk jelajah Grand Prix ini selama 18 tahun, selepas ianya mula digunakan pada tahun 1999. Aku tahu masih ada ramai dalam kalangan kita yang meminati dan mengikuti perkembangan tentang sukan F1 ini, walaupun Michael Schumacher dan Mark Webber sudah lama bersara dari sukan tersebut.                     Dalam masa setiap 10 tahun kos operasi yang setiap hos perlumbaan F1 perlu membelanjakan sebanyak $1billion. Jumlah perbelanjaan itu adalah termasuk dengan menganjurkan perlumbaan tersebut sebanyak $575 juta. Bermakna setiap tahun penganjuran F1 disetiap akan membelanjakan $57.5 juta untuk setiap penganjuran. Jumlah perbelanjaan tahunan tersebut ...

PARTI TIADA HALA TUJU; 500 AHLI BERSATU KELUAR PARTI

Image
Seramai 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar parti serta-merta, malam tadi. Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan berkenaan berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli Umno serta hala tuju parti yang kabur. “Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM Rembau lumpuh 99%. Di Bahagian Rembau, ada 2,000 ahli dan 1,500 lagi akan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media semalam. Anas yang menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016 berkata, surat...

BERIKUT ADALAH PENJELASAN PENUH SHABUDIN BERHUBUNG ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR INI.

Image
Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbaha san saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa. Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza. Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan kebawah hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah. Manakala bagi laki-laki bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki. Seterusnya, dalam perbahasan saya bercakap tentang perkah...

KENYATAAN 'THE STAR' SATU MAINAN JAHAT OLEH PUAK MEDIA

Image
Apa yang dinyatakan oleh MP Tasek Gelugor memang pada aku ada logiknya. Banyak kes perogol berkahwin akhirnya berkahwin dengan mangsa sendiri disebabkan rasa bertanggungjawab dan tidak sanggup untuk dikenakan AKTA 376. Tidak dinafikan selalunya perasaan 'suka sama suka' pada akan berakhir dengan tuduhan merogol jika dibuat laporan polis. Datuk Shahbudin Yahya sekadar menjelaskan pengalamannya ketika mengendalikan kes perempuan bawah umur iaitu 9 tahun yang mahu dikahwinkan dengan pasangannya. Namun semua itu perlu melepasi kelulusan dan kebenaran dari setiap Mahkamah mengikut peruntukan dalam Enakmen masing-masing. Sememangnya umur 9 tahun merupakan permulaan 'akil baligh' bagi seorang perempuan. Namun selagi mana perempuan itu belum menjangkau umur 16 tahun dia masih dikirs sebagai bawah umur, perkahwinan tetap tidak boleh dilakukan dengan sewenang- wenangnya. Malangnya apabila akhbar 'The Star' langsung tidak memetik lanjutan daripada kenyataan oleh Da...

MALAYSIA DIBELI INDIA, APA KITA DAPAT?

Image
Terkejut, tergamam dan terkilan, itulah yang dapat saya ungkapkan apabila melihat YAB PM akad jual beli negara ini dengan PM India, Narendra Modi. Mencatat jualan seluruh ini berjumlah USD 36 billion (RM158.68 billion), jumalah penjualan ini lebih banyak jika dibandingkan China (RM 55 billion) , Arab Saudi (RM 30 billion) ,dan Perancis (RM 5 billion) sekali dengan Jet Rafale pada sebelumil ini. Kini setiap bait lirik lagu 'Warisan' yang dialunkan ketika menyertai kursus Biro Tatanegara. Dahulu kita beranggapan bahawa bumi kita ini bakal menjadi milik orang, akhirnya ramalan itu benar belaka. Setiap penjuru di Semenanjung Malaysia akhirnya bukan hak milik kita lagi dan kita menyaksikan seluruh isi negara ini diserahkan kepada negara luar dalam tempoh masa tak kurang dari setengah tahun. Lebih malang lagi sebahagian USD 36 billion iaitu USD 3.83 billion diberikan oleh India kepada Malaysia untuk membina kemudahan Infrastruktur di beberapa kawasan di India. Antaranya ialah pem...