TUN MAHATHIR FOBIA DENGAN PAS?
Penulisan Tun M dalam blog miliknya pada hari ini sangat
menarik untuk dibaca kerana ia adalah berkenaan PAS iaitu sebuah parti yang
sangat dibencinya ketika Tun M masih bersama UMNO. Waktu zaman berkuasa dahulu apatah lagi apabila mendakwa PAS
adalah punca sebenar kenapa orang Melayu kita berpecah pada hari ini.
Dalam konteks ini mungkin Tun M sendiri lupa bahawa tertubuhnya
Parti Keadilan Nasional oleh Anwar Ibrahim adalah berpunca daripada
pembuangannya daripada kabinet kerajaan Malaysia dan parti UMNO oleh Tun M
apabila mensabitkan Anwar Ibrahim dengan pelbagai siri salah laku. Adakah ini
salah PAS? Jawapannya, TIDAK.
Sebenarnya, Tun M sendiri risau apabila melihat PAS yang
selesa bersendirian dan semakin berbaik-baik dengan UMNO. Lihatlah dalam isu mutakhir
ini dapat dilihat apabila Haji Hadi
membentangkan pindaan RUU355 di Dewan Rakyat, disini kita melihat Ahli
Parlimen PAS dan UMNO bersatu-hati untuk menyokong pindaan akta terbabit. Hal ini
bebrbeza dengan Muhyiddin Yassin iaitu satu-satunya MP dari PPBM yang memilih
untuk tidak mahu menyokong pindaan tersebut
PAS atau nama asalanya ialah Pan Malaya Islamic Party yang ditubuhkan
oleh Haji Ahmad Fuad pada tahun 1959 pernah menjadi mimpi negeri buat Tun M
apabila akhirnya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di
Kelantan buat ketiga kali pada waktu PRU 10 dahulu. Walhal sudah pun diarahkan
kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan proses ‘gerrymandering’
bagi mengelakkan kekalahan lebih teruk berlaku ketika zamannya.
Proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR adalah
disebabkan oleh impak gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim
pada masa itu. Dibuangnya Anwar Ibrahim dari UMNO turut membawa beberapa tokoh
yang telah menjadi pengasas bersama Parti Keadilan Nasional (kini: Parti
Keadilan Rakyat).
Anwar Ibrahim ketika menjadi orang no2 Mahthir. |
Sifat takut Tun M kepada PAS tidak lain tidaklah bukan
kerana semua itu berlaku dengan perbuatannya sendiri. Imbas kembalilah diwaktu
Tun M memanfaatkan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), berdozen
pimpinan PAS direhatkan di Kamunting dek kerana Tun M melihat mereka sebagai
satu ancaman. Ini kerana pada ketika itu PAS lah satu-satunya pembangkang yang
dominan jika dibandingkan dengan DAP.
Mungkin ramai masih ingat akan Peristiwa Memali yang berlaku
pada tahun 1985 dahulu. Namun inilah yang berlaku apabila Tun M cuba mengelak
dari penyakit ‘fobia’ nya terhadap PAS.
Comments
Post a Comment