PARTI TIADA HALA TUJU; 500 AHLI BERSATU KELUAR PARTI



Seramai 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar parti serta-merta, malam tadi.

Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan berkenaan berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli Umno serta hala tuju parti yang kabur.

“Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM Rembau lumpuh 99%. Di Bahagian Rembau, ada 2,000 ahli dan 1,500 lagi akan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media semalam.

Anas yang menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016 berkata, surat keluar parti secara beramai-ramai itu, bagaimanapun akan diserahkan kepada Ibu Pejabat PPBM selewat-lewatnya 15 April ini.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

PARTI BARU UNTUK GEN Y- EZAM KOTAK