PERPECAHAN DALAMAN PPBM KIAN 'MEMBARAH'.

PPBM rekaan Tun M kini jelas memperlihatkan perpecahannya apabila kini giliran pengasas bersama pula turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti yang penuh dendam tersebut. Persoalan kini timbul apabila wujud masalah dalaman bila mana penyertaan individu tertentu yang sekadar untuk mengejar jawatan dalam parti bongsu pembangkang tersebut.

Perletakan Kamarulzaman Habibur yang sebelum ini merupakan Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kini telah menjawab segala persoalan kenapa PPBM yang masih belum berusia setahun semakin bermasalah.

Mana tidaknya apabila sistem kasta dijadikan keutamaan apabila seseorang itu memegang sesuatu jawatan dalam parti itu. Pendek kata, jika anda bukan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung parti, bermimpi sajalah untuk memegang sesuatu jawatan dalam parti itu waima sekadar Ketua Penaja Bahagian sekali pun.

Seperti yang diperkatakan oleh Kamarulzaman lagi apabila orang yang berkerja siang demi melihatnya PPBM itu ditubuhkan akhirnya dilayan seperti orang kelas kedua? Disini jelaslah kita melihat apabila penyakit-penyakit dalam UMNO dahulu rupanya dilakukan oleh puak PPBM ketika mereka masih bersama UMNO dahulu.

Dalam politik kepartian mutakhir ini sangat tidak lari apabila wujudnya masalah seperti kronisme, nepotisme dan assabiyah. Namun itulah yang terjadi bila mahu memastikan diri sendiri kekal berkuasa hingga kiamat dan bukannya mahu parti yang dikelolai terus bertahan hingga ke generasi seterusnya.

Maka tidak hairan lah apabila seramai 500 orang ahli yang lain turut sama isytihar keluar dari PPBM kerana tidak tahan akan penyakit lama turut mereka bawa dari UMNO.

Ini belum lagi termasuk dengan langkah sumbang pimpinan mereka yang berkerjasama dengan DAP demi mahu kekal berkuasa di Putrajaya kelak. Fikirlah sendiri bila mana terpaksa bersaing dengan Parti Amanah Negara (PAN) untuk mendapatkan kerusi.

DAP dan PKR sudah pasti tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM yang masih setahun jagung, jadi bagaimana PPBM mahu mengangkat ahli-ahlinya ke depan, jika kerusi untuk bertanding pun boleh dikira dengan jari.

Cukuplah kita sekadar jadi penonton, pandailah DAP jadi pengadil perlawanan itu nanti. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

SITI AISHAH: TAHANAN SOSMA YANG MEMILIKI BAHAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJIANNYA

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

RINGKASAN PEMBENTANGAN BAJET TERENGGANU 2017 #BajetTerengganu2017