Posts

WARNA WARNI KEJAYAAN MALAYSIA DI SUKAN SEA 29, ADAKAH KITA DI 'MOOD YANG BAIK?

Image
Sukan SEA ke 29 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dan edisi yang seterusnya akan menyaksikan  Manila, Filipina  akan menjadi tuan rumah bagi sukan peringkat rantau Asia Tenggara. Sudah tentunya secara atas kertas Sukan SEA kali ini adalah kejayaan terbaik buat kontinjen Malaysia lantas sekaligus mengatasi rekod pencapaian 16 tahun dahulu. Banyak coretan dan peristiwa yang berlaku sepanjang penganjuran Sukan SEA kali ini, malah hampir sahaja merencatkan perjalanan Sukan SEA. Mujurlah kebijaksanaan Khairy Jamaludin yang lantas meminta maaf kepada sejawatnya iaitu Iman Nahrawi itu satu tindakan yang bijak. Ditambah pula dengan kenyataan Pak Jokowi selaku Presiden Indonesia terus menenangkan lagi keadaan yang mahu sahaja menjadi tegang dek kerana tersalah mencetak bendera Indonesia bertukar menjadi bendera Poland. Namun kejayaan Sukan SEA ke 29 ini adalah sangat bermakna kepada rakyat Terengganu apabila DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin turut menyumbang dua pingat emas ...

AZMIN MENGELAK DARIPADA DISIASAT SPRM

Image
Serbuan yang dilakukan oleh pihak SPRM ke atas Unisel & MBI bukanlah satu tindakan tersusun untuk menjejaskan imej Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan. Tidakkah mereka sendiri yang mengatakan bahawa mereka amat telus dan sedia untuk disiasat jika terdapat sebarang dakwaan penyelewengan terhadap mereka. Tetapi apabila tindakan mula diambil mengikut saluran undang-undang yang betul, mereka pula yang tidak berpuas hati. Namun, bila ada pegawai kerajaan atau ahli politik BN diambil tindakan seperti kes Felda dan kes status perumahan di Johor, pembangkang tiba-tiba menyokong tindakan SPRM pula. Malah mereka pergi lebih jauh dari itu dengan terus membuat kesimpulan bahawa yang disiasat itu telah bersalah sedangkan ianya belum terbukti di mahkamah. Bila SPRM siasat perkara yang berkaitan dgn mereka, maka semuanya tidak betul. Bagi mereka semuanya adalah ‘konspirasi’ dan ‘salahguna kuasa’ pihak atasan untuk menjatuhkan pembangkang. Jadi apakah mereka ni tidak l...

BERMULANYA RCI DAN KEHILANGAN RM40 BILLION BAKAL TERJAWAB.

Image
Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim kembali bersama dengan Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan PM Najib, apabila Pakatan Harapan yang kini ditunjangi mereka bakal memberi saingan dalam PRU 14. Namun, dalam isu RCI yang bakal dibicarakan akan menyaksikan kedua-dua pimpinan utama dalam pakatan pembangkang akan dipanggil untuk menjadi saksi.  Mana tidaknya apabila Kit Siang pernah menulis buku berkaitan Skandal Forex Mahathir ini yang bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” yang ada 38 mukasurat. Ditulis Kit Siang pada tahun 1994. Manakala, Anwar Ibrahim pula menjadikan isu ini sebagai modal ceramah politiknya semasa masih belum dipenjarakan. Barry Wain dalam bukunya yang bertajuk “Malaysian Maverick”, empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami jumlah keugian bernilai RM100 billion. Ya, kehilangan RM 100 billion bukannya kecil, malah masih belum disiasat lagi oleh mana-mana badan. Menurut portal KL Xpress, yang merumuskan tiga jenis je...

TAMBANG ECRL DARI GOMBAK KE PENGKALAN KUBOR RM 2700?

Image
Semalam kononnya tular berkenaan dengan satu pengiraan yang membentangkan kos keseluruhan tambang ECRL yang bakal dikenakan kepada pengguna kelak. Nilai pelaburan oleh China dijadikan sandaran hujahnya oleh kerana setelah siapnya pembinaan ECRL ini saban hari nanti maka, bermulalah episod pembayaran hutang oleh Malaysia Railway Link Sdn Bhd (MRL) kepada China. Oleh itu, seperti yang didakwanya, jumlah kutipan harian yang perlu dikumpul MRL melalui tambang ECRL adalah RM 7.5 juta bersamaan dengan RM 2700 seorang. Sudah tentu lebih sahaja kita naik kapal terbang dari Subang Jaya turun ke  Pengakalan Chepa yang harganya jauh lebih rendah berbanding ECRL. Pengiraan tersebut sememangnya sedikit ke hadapan berbanding reaksi netizen lain yang tidak habis mengatakan China bakal menjarah Malaysia. Malah tak kurang juga ada beberapa tahi politik sudah tentu dari pembangkang yang tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk projek ini di negerinya(Selangor). Dalam bab ...

LANTIK CCCC UNTUK ECRL, BERBALOIKAH??

Image
Selepas melabur RM 55 bilion untuk projek Pelabuhan Kuantan dan ECRL baru hari ini kamu hendak persoalkan tentang, China Communications Construction Company (CCCC). Syarikat yang berpengkalan dari China ini sudah lama bertapak di Malaysia ini iaitu sejak 1980 lagi dan projek terawalnya ada pembinaan LRT untuk laluan Ampang. Malah pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang pun dibina oleh CCCC pads tahun 2008 dan berjaya disiapkan pada tahun 2013. Jika disenaraikan mungkin kamu terkejut dengan 'track record' oleh CCCC dalam projek pembangunan infrastruktur di Malaysia. Sedangkan lebuhraya SKVE pun disiapkan oleh CCCC sebelum diserahkan kepada Rahmat Bakar. Fokus CCCC adalah untuk terus berkerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan seperti E&O,IJM Corp, Bina Puri dan Econpile. Kini khabarnya CCCC sedang berkerjasama dengan kerajaan Melaka untuk menyiapkan Pelabuhan Melaka. Walaubagaimanapun, menyiapkan laluan ECRL kini menjadi fokus utama CCCC dan ditambah pula  dengan ...

ISU AMBULANS BAHARU HANYALAH MAINAN TAHI POLITIK SAHAJA.

Image
Menteri di KKM berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk 500 unit buah ambulans baru dan separuh daripada mempunyai peralatan yang rawatan pra-hospital didalamnya. Walaubagaimanapun, Ketua Setiausaha di KKM peruntukan untuk ambulans tersebut hanyalah sekitar RM 225.5juta sahaja. Disini seolah memperlihatkan bagaimana Menteri dan KSU kementeriannya mempunyai maklumat dan data yang berbeza, seolah-olah tidak 'tally' dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Namun apabila sampai maklumat tersebut kepada pembangkang terus diratibnya bahawa KKM berjoli dengan menghabiskan duit cukai mereka. Ini adalah semata-mata kerana mahu menambah jumlah ambulans yang sedia ada di setiap hospital dan klinik daerah. Samalah seperti mana isu kapal selam Scorpene yang kembali diulang siar oleh juak pembangkang pada baru-baru ini. Kini pembelian ambulans baharu pula dikatanya kerajaan membazir menggunakan duit mereka. Dalam pada itu, tak perlulah disebu...

ASEAN SETELAH 50 TAHUN PENUBUHAN

Image
Sudah berusia 50 tahun rupanya pakatan antara negara terbesar di Asia Tenggara iaitu ASEAN. Maksud disebalik nama ASEAN adalah, Association of Southeast Asia Nations merupakan sebuah organisasi geo-politik dan ekonomi dari negara-negara di kawasan asia Tenggara. Perhimpunan ini didirikan di Bangkok pada tanggal 8 Ogos 1967 bersempena dengan Deklarasi Bangkok yang ditandatangani bersama oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. Organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan perkembangan kebudayaan negara-negara anggotanya, serta memajukan perdamaian di tingkat regionalnya. Negara-negara anggota ASEAN mengadakan rapat umum pada setiap bulan November. Hari ini kebanyakan negara anggota ASEAN masing-masing menghadapi cabarang tersendiri. Cabaran terbesar mereka adalah berkaitan dengan perebutan sempadan kawasan laut seperti perebutan Pulau Batu Putih oleh Malaysia dan Singapura, perebutan Kepulauan Spratly oleh Vietnam, Fili...