Posts

KUDA MAHATHIR MAKAN LOBAK SEBAB HARGANYA MURAH??

Image
Harga sekilogram lobak adalah RM4.50 di pasaran. Kebiasaanya seekor kuda akan perlukan makanan sebanyak 20 kg sehari. Kau darab RM 4.50 dengan 20kg maka jumlah yang perlu dihabiskan untuk menjamu seekor kuda adalah RM 91.80. Tapi Mahathir mengaku dia bela 40 ekor kuda, kau darabkan RM 91.80 dengan 40 jawapannya adalah RM 3672. Itu adalah jumlah yang dibelanjakan sehari untuk 40 ekor kuda peliharaannya. Jika sebulan darabkan sahaja RM 3672 dengan 30 maka peruntukan kudanya sebulan adalah RM 110 160. Untuk setahun darabkan sahaja RM 110 160 dengan 12 maka perbelanjaan kudanya sahaja untuk setahun adalah RM 1 321920. Ya kudanya disimpan di Argentina dan mesti akan diupah beberapa pekerja tempatan untuk membasuh dan menjaga kesemua kandang kudanya. Mahathir kata itu adalah kuda milik sahabatnya yang merupakan warganegara Argentina. Entah orang latin gila mana yang baik sangat baik Mahathir pinjamkan kudanya sewaktu berada di Buenos Aires. Apabila dijumlahkan dan dibandingkan perbe...

PAKATAN HARAPAN SEMAKIN CACA MERBA, AZMIN TUDUH AMANAH TIDAK AMANAH!!

Image
Dalam keadaan tarikh Pilihan Raya Umum 14 masih menjadi teka-teki, Pakatan Harapan pula semakin hari semakin berantakan walaupun baru sahaja selesai berkonvensyen di Shah Alam pada awal Januari tahun ini. Rupanya, disebalik kerusi Parlimen yang telah dibahagikan kononnya secara saksama, isu yang timbul adalah pembahagian kerusi DUN di Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini selaku wadah informasi yang sahih oleh pembangkang, Azmin Ali baru sahaja menemplak akan PEMBOHONGAN oleh Parti Amanah di negeri Selangor. Sebenarnya pertemuan antara pimpinan PH negeri Selangor sudah empat kali diadakan, pastinya dalam pertemuan ini ada dirundingkan tentang pembahagian kerusi. Tetapi Azmin mengesahkan bahawa masih terdapat permintaan, mereka mahu focus kepada pembahagian kerusi pula. Bak kata Azmin, ‘sudah lebih 80 peratus’ telah diputuskan setakat ini. Selain itu, mengharapkan keputusan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya adalah perkara yang tid...

TANAH TRX DI SUNGAI BESI CHINA TAK JADI BELI PUN, KAU JE YANG MERAPU LEBIH.

Image
1. Baiklah, memandangkan isu pemilikan tanah di TRX sudah lebih setahun diam dan pembangunan di TRX pun semakin rancak. Lebih-lebih lagi selepas, EXCHANGE 106 yang sedang dibina pun sudah melebihi paras ketinggian KLCC, itu tandanya bahawa segala kerja dan pembinaan di TRX masih mengikut jadual. Samalah macam Mahathir nak bina KLCC dahulu, 24 jam tak berhenti semata-mata nak kejar “’deadline’. 2. Munculnya kembali isu penjualan tanah di TRX kepada TRX adalah selepas Istiadat pengunduran Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Sungai Besi. Sebenarnya hanya berpindah ke Sendayan, Negeri Sembilan tetapi cara pembangkang bawa cerita macam Pangkalan Udara TUDM itu macam tiada pembelaan yakni tiada alternative baru kepada TUDM. 3. Sebenarnya urusan jual beli tanah di TRX telah terbatal berikutan kegagalan China Railway Engineering Corp (CREC) gagal menadapat pembiayaan daripada kerajaan China. Menurut Financial Times, TRX City Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan mengumumkan per...

TERGAMAK MAHATHIR HINA "MAHASISWA INDIE"

Image
Ini contoh MAHASISWA INDIE Tergamak sungguh mantan Perdana Menteri berkata sedemikian kepada mahasiswa kita berkenaan dengan mahasiswa yang memilih untuk berniaga selepas tamat pengajian. Memang zaman hari ini persaingan untuk mendapatkan kerja susah, tetapi memilih untuk berniaga juga adalah salah satu daripada jalan keluar masalah pengangguran.   CELUPAR… Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir Mohamad tergamak menghina graduan universiti yang menganggur cuba berniaga nasi lemak. Menerusi siaran sesi ucapan video beliau setiap Rabu yang dirakamkan dari Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Mahathir mendakwa tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini menjual nasi lemak. Pengerusi Pakatan Harapan yang berusia 92 tahun itu dengan biadab turut menghina bekas penuntut institusi pengajian tinggi yang memilih kerjaya sebagai pemandu Uber menjadi punca rezeki mereka selepas tamat belajar. Memetik laporan portal beri...

FELDA AKAN DAPAT BALIK HAK MILIK TANAH DI JALAN SEMARAK!!

Image
Alhamdulilah.. Synergy Promenade Sdn. Bhd. bakal menyerahkan kembali tanah kontroversi Felda di Jalan Semarak  di ibu negara yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City tidak lama lagi. Sumber Sinar Harian melaporkan, kedua-dua belah pihak telah mencapai kata putus berhubung perkara ‘panas’ berkenaan malah satu sidang media khas akan dibuat dalam masa terdekat dan dipercayai diadakan di ibu negara. Synergy Promenade Sdn Bhd telah menyerahkan semula 16 geran tanah Felda yang telah dipindah milik untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini. Dokumen berkenaan diserahkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Majlis ringkas berkenaan juga disaksikan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad di Ibu Pejabat Felda. Persetujuan dan penyerahan berkenaan dibuat Ahli Lembaga Pengarah Synergy Promenade, Datuk Marina Hashim. Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kon...

ISU RM 160 BILLION BAKAL MENJADI MODAL MAHATHIR MENJELANG PRU14

Image
Selepas menggelarkan dirinya sebagai TOP DOG untuk Pakatan Harapan, Mahathir kini seolah-olah mahu menjadi orang yang pertama dalam mengeluarkan apa jua isu bagi memberi 'mileage' politik kepada Pakatan Harapan. Hal ini kerana, orang yang Melayu yang dahulu majoriti menyokong nya 100 peratus, kini semakin menyusut selepas Mahathir sendiri kini bersama dengan musuh-musuh politik nya dahulu. Kita sedia maklum bahawa Mahthir pernah dihadapkan ke Suruhanjaya Siasatan Diraja atas kehilangan duit FOREX yang bernilai RM 31.5 billion ketika menjawat Perdana Menteri. Mengandaikan sebagai kerugian bagi tujuan perniagaan, Mahathir juga seolah mahu memutar belit keadaan walaupun kehilangan sejumlah duit tersebut telah dikaui oleh RCI. Kini Mahathir menulis di blog nya berkenaan dengan kemana hilangnya RM160 billion. Seakan mahu 'spark' isu apabila pengikut-pengikut Mahathir pula sanggup membuat laporan polis berkenaan dengan isu ini. Lihatlah bahawa kumpulan Mahathir sebe...

FELDA TEKAD AMBIL KEMBALI TANAH MILIKNYA- TS SHAHRIR SAMAD #Felda #AnakFelda #KitaSatuFelda

Image
Seperti yang dihebahkan oleh Berita Harian pada beberapa hari lepas berkenaan dengan FELDA yang telah kehilangan aset tanahnya. Tanah yang dimaksudkan itu adalah terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dimana harga pasaran sebenar adalah mencecah RM 1 billion. Namun harga yang dijual pula hanya sebanyak RM270 juta sahaja. Walaubgaimanapun, tiada sebarang pembayar yang dilakukan oleh syarikat  Synergy Prominade Sdn. Bhd. (Synergy Prominade) , susulan pihak TS Shahrir Samad telah membuat laporan polis pada 12 Disember lalu. Sementelah itu, tindakan seterusnya adalah untuk membatalkan surat kuasa wakil penuh (full power attorney) dan mendaftarkan kaveat di Jabatan Tanah dan Galian Wilayah persekutuan ke atas tanah tersebut. Dalam usaha untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat melalui undang-undang sivil, Unit Kawal Selia di bawah Jabatan Perdana Menteri pula akan melantik syarikat audit luar. Melantik pihak audit luar adalah untuk membuat penilaian bagai memastikan p...